Thursday, 19 May 2016

Plaster Cap Katak

Pernah dulu lengan En Sapir boleh pulak ada bisul..setelah dicari di alam maya bersama en google..akhirnya En Sapir jumpa plaster cap katak ni..harga rm0.50 sekeping..Cara guna... salai kan benda hitam kat plaster tu..lepas salai....plastik  yang transparent tu harus di buang dulu...lepas tu baru tempek kat tempat bisul tu..hati2 masa tempek tu..sebab benda hitam tu cair bila dipanas kan.. Plaster ni boleh kita beli di kedai ubat cina ( singse )...berapa lama boleh sembuh terpulang kepada pengguna nya... En Sapir guna 2 kali je...Alhamdulillah hilang bisul tu...

p/s: kalau bisul tempat yang tak sepatutnya En Sapir nasihatkan lebih baik jumpa pakar.....

Monday, 16 May 2016

Hidup penuh dugaan

Dalam hidup kita penuh dengan cabaran dan ujian yang perlu hadapi..Ada yang berat dan ada yang ringan....begitulah kehidupan kita selagi kita bernafas di dunia ini....

Dalam setiap ujian dan dugaan tersebut ada hikmah disebaliknya....Kita hanya perlu  merenung seketika kenapa ujian tersebut berlaku dalam hidup kita... Percayalah Tuhan tidak akan menguji kita melainkan diluar kemampuan kita.

p/s: Encik Sapir pesan "senyumlah selalu"

Wednesday, 4 February 2015

Perceraian bukan jalan nya

Dah lama menyepi blog ni ya...hurmmmm...tak pelah..apa2 pun masih belum terlambat lagi encik sapir mengucapkan selamat tahun baru 2015....
hari ni encik ingin membawa satu isu yang hampir setiap hari berlaku iaitu :

isu tentang perceraian

- hampir setiap hari perceraian  berlaku di negara kita ini...

- banyak sebab berlaku nya perceraian ini...kebanyakkan disebabkan oleh pihak suami ( yang ini encik sapir tak dpt nak sangkal kan lagi )...pergi lah ke mahkamah syariah tu...cuba check..berapa ramai pihak isteri yang memfailkan perceraian ini...

- sudah menjadi trend dah sekarang ni, jika dah tak larat melayan  kerenah dalam perkahwinan ni...jalan yang di ambil ialah perceraian...

- memang betul..jika dah tak sehaluan buat apa nak tinggal bersama lagi...tapi adakah jalan  perceraian itu diambil dengan begitu mudah untuk sesatu masalah....

- kalau dah jodoh setakat tu je nak buat mcm mana kan....perghhhh..senang betul ayat tu keluar dari mulut....

- tak pernah ke terfikir kesan2 dari perceraian tersebut...

- lagi2 kalau yang dah anak2....mungkin tak nampak sekarang...tapi akan ada kesan2 tersebut jika di masa depan....

Sebelum keputusan perceraian tu hendak diambil...fikir2 kan lah secara mendalam....

Setiap perkahwinan ada masalah nya sendiri...carilah cara penyelesaian tersebut dengan sebaik-baiknya...jangan jadikan perceraian itu jalan nya....

Perceraian itu halal tapi dibenci oleh ALLAH..


Monday, 1 September 2014

Lelaki jahanam

Lelaki adalah insan yang diciptakan untuk perempuan...
Kalau lelaki untuk lelaki.. jahanam namanya...
Lelaki wajib jujur dan setia untuk pasangan mu..
Jadilah lelaki yang bukan digelar lelaki jahanam....

p/s: Diseru lelaki itu


Monday, 25 August 2014

Mengapa lelaki curang ?

Wah....besar dan berat tajuk tu kan....

Jawapan yang pertama untuk persoalan itu ialah lelaki tidak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki...

Jawapan yang kedua untuk persoalan itu ialah lelaki tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah dimilki..

Jawapan yang ketiga ialah lelaki cepat bosan dan selalu inginkan yang baru...

Bagi En Sapir..sebenarnya tiada jawapan yang konkrit untuk persoalan itu....

Sebenarnya tiada alasan untuk lelaki curang terhadap pasangan..dan tidak perlu pun diwujudkan ruang untuk menghasilkan kecurangan itu...

Tidak akan memberikan sebarang kenikmatan yang kekal jika kita curang terhadap pasangan kita...

Jadilah yang setia untuk pasangan kita...lakukan yang terbaik untuk pasangan kita....Jangan diikutkan nafsu yang selalu mengila untuk mendapatkan sesuatau yang boleh menjadikan kita gila di kemudian hari...

Bersyukur dengan apa yang kita ada...

Walau apa pun alasan yang kita berikan untuk mengatakan kecurangan itu boleh mengembirakan...percaya lah itu alasan yang paling bodoh yang kita wujudkan...alasan apa sekalipun kita berikan untuk kecurangan itu walaupun nampak seakan-akan boleh diterima...akhirnya diri sendiri yang akan dipersalahkan jua....

jadikanlah manusia yang setia untuk pasangan...

p/s: Walaupun entri ini untuk lelaki...tetapi selagi kita berpasangan...janganlah curang....








Salam perkenalan di dunia maya

Assalamualaikum,
Salam En Sapir ucapkan  dalam dunia maya ini...TIada apa lagi yang En Sapir ingin bicarakan setakat ini...Hanya ucapan selamat untuk semua.....